Rabu, 30 April 2008

Iklan Tv: Antara Moral Dan Komersial


Hari ini, isu gejala sosial hangat diperkatakan dimana-mana sahaja dari kedai kopi hingga ke parlimen, dari sekolah hingga menara gading, dari tukang cuci hingga perdana menteri semuanya memperkatakan masalah yang sama secara lansung atau tidak lansung. Masing-masing cuba memberi pandangan tersendiri langkah-langkah untuk membendung gejala ini sama ada langkah pencegahan atau hukuman yang patut dikenakan.
Salah satu punca yang kurang atau tidak pernah diberi perhatian adalah peranan Iklan di tv dalam pembentukan masyarakat kita hari ini. Pengaruh dari Iklan tv sebenarnya memberi impak yang besar dalam jiwa masyarakat terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak. Apakah syarikat pengiklanan di negara ini hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kesan yang sampingan disebaliknya?
Negara China pernah mengharamkan iklan jenama terkenal kerana telah menjatuhkan maruah bangsanya. Bagaimana pula dengan Negara kita? Banyak contoh-contoh Iklan yang langsung tidak mengambil kira nilai-nilai etika dalam persembahannya. Isu ini pernah diperkatakan suatu ketika dahulu apabila terdapat Iklan susu kanak-kanak yang memaparkan bagaimana seorang kanak-kanak tidak perlu beratur selepas meminum susu tersebut. Namun selepas itu isu tersebut senyap begitu sahaja dan Iklan berkenaan terus disiarkan.
Jenis iklan yang popular hari ini adalah yang menggalakkan hiburan. Dari syarikat telekomunikasi, makanan ringan hatta iklan mesin basuh pun memaparkan penari yang terkinja-kinja seolah-olah itulah gaya hidup orang melayu warganegara Malaysia.
Contoh lain:
1. Iklan radio: boleh mengenakan orang ramai serta menggalakkan rusuhan
2. iklan pewangi rumah: tak perlu mengemas rumah serta tak menghiraukan tugas memasak didapur
3. iklan minyak pel incir: menggalakkan lumba haram serta memandu laju di jalan raya
4. iklan pencerah kulit: menara lebih penting dari pelajaran
5. promosi membeli belah: menggalakkan sifat boros
Contoh-contoh diatas hanyalah sebahagian kecil sahaja, banyak lagi iklan lain yang mampu memberi impak yang negatif kepada pewaris kita nanti. Kebanyakan kanak-kanak meniru aksi-aksi dalam iklan di rumah mahupun sekolah malah terdapat sesetengah dialog diulang sebut. Mungkin bagi kita tidak membawa sebarang makna, tetapi bagaimana pula dalam konteks pemikiran kanak-kanak? Fakir-fikirkan…