Khamis, 17 Julai 2008

Pingat emas Sukan Sea 1989 peninggalan terakhir untuk Malaysia


Berita Harian – 16 Julai 2008

BAIT pembuka lagu 'Biar Jasa Jadi Kenangan' - lagu menunjangi setiap cabaran aksi skuad Kedah - cukup jadi gambaran wibawa dimiliki penulis liriknya, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil.

Berita kepulangan Allahyarham ke rahmatullah, petang semalam, hadir jelas sebagai kejutan. Kerana selama lebih dua dekad sebelumnya, kelibat dan wajah hitam manis miliknya diakui begitu sinonim dengan bola sepak negara.

Sayanginya - itulah rasa dikongsi ratusan ribu warga negeri Jelapang Padi yang berbangga apabila penantian sekian lama buat merangkul Piala Malaysia jadi kenyataan julung kalinya, 18 tahun lalu.

Ada juga yang pernah membenci, terutama mereka yang sesekali jadi mangsa kelantangan kecamannya. Tetapi seperkara pasti, Allahyarham adalah tokoh sukan yang kini wajar diingati dengan penuh rasa disegani.

Allahyarham bukan pemain bagus, tetapi peminat yang setia. "Saya suka bermain bola sepak, tetapi bukannya bagus. Tetapi saya cintakan sukan ini dan tidak pernah mahu menyisihkan diri daripadanya," katanya suatu ketika dahulu.

Penghormatan selaku 'Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah' memang paling layak miliknya. Menerusi visinya, Hijau Kuning bangkit untuk kini berdiri sama tinggi dalam kelompok barisan gergasi.

Satu bukti pengorbanan Allahyarham, yang tidak pernah dicanangkan, ialah kesediaan meletakkan kebajikan pemainnya selaku agenda utama - terbukti menerusi kesanggupan mengambil pinjaman peribadi pada hampir setiap hujung musim demi memastikan gaji pemain dibayar ketika sedar wang geran dan penajaan sering terlewat.

Malah sehingga kini, Allahyarham kekal dengan pengiktirafan selaku pengurus skuad negara terakhir mencipta bangga apabila memimpin pasukan memenangi pingat emas Sukan Sea - pencapaian diraih di Stadium Merdeka pada 1989.

Allahyarham juga menginspirasikan plan dasar pembangunan belia - ketika mempengerusikan Jawatankuasa Belia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - yang menyaksikan mula kewujudan akademi bola sepak di setiap negeri.

Perwatakan mesranya, selain sikap merendah diri, diakui jadi kunci kemampuan Allahyarham mudah bergaul di segenap lapisan masyarakat. Juga, gigih sentiasa bekerja keras dan tidak mudah mengalah - ramuan turut membutirkan kejayaan dalam pelbagai bidang dijelajahinya.

Daripada hanya Penolong Pegawai Daerah Langkawi pada awal 1960-an, Allahyarham mendaki laluan yang dicambahkannya dengan lorekan pencapaian gemilang untuk bersara selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada pertengahan 1990-an.

Selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, dan pengurus paling lama skuad negeri itu, Allahyarham juga pernah sepenggal berbakti selaku Naib Presiden FAM daripada 1996 hingga 1998.

Namun bukan bola sepak sahaja bertuah merasai jasanya. Allahyarham juga pernah membuktikan wibawa sepanjang tempoh memimpin persatuan olahraga, renang, skuasy dan bowling negeri itu.

Tidak ramai juga yang tahu betapa Allahyarham, dengan bakat melukis dimilikinya, pernah juga dipilih selaku Presiden Angkatan Pelukis Kedah. Jasanya juga ketara ketika memimpin Persatuan Bulan Sabit Merah Kedah.

Allahyarham juga punya hubungan rapat dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - peminat bola sepak nombor satu Kedah.

Lantas, di sebalik kesedihan, tidak salah menyifatkan pemergiannya pada ketika menghadiri majlis di Istana Anak Bukit, petang semalam, jelas tempat terbaik melambangkan keakraban hubungan itu.

Semoga roh Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil, 69 tahun pada 25 April lalu, dicucuri rahmat oleh Yang Esa. Al Fatihah.

Rabu, 16 Julai 2008

"DUA BIJI OREN SEGELAS JUS"


Tanggal 15 Julai 2008 seluruh warga kedah girang menyambut ulang tahun ke-50 pemerintahan tuanku sultan. Ketika acara sedang berlansung dengan penuh istiadat sekali lagi rakyat kedah dikejutkan dengan pemergian tokoh bola sepak yang paling berjasa di Kedah mahupun Malaysia.
Datuk Paduka Ahmad Basri Akil (DAB) menghembuskan nafas yang terakhir ketika sambutan jubli emas pemerintahan tuanku sultan yang juga merupakan peminat nombor satu pasukan bola sepak Kedah. Hasrat beliau untuk menghadiahkan tiga piala untuk tuanku sempena sambutan jubli emas kepada tuanku pada tahun ini telah terawal setahun.
Cintanya kepada pembangunan bola sepak di Kedah dan Malaysia tidak dapat di halang dengan apa cara sekali pun. walau pun di gantung oleh FAM, beliau tidak pernah mengenal erti putus asa dalam menyumbangkan idea serta pandangan demi meningkatkan mutu bola sepak tempatan. DAB masih lagi menyumbangkan khidmatnya kepada Kedah walaupun dibelakang tabir.
DAB pernah menjadi majikan saya walaupun tidak lama kira-kira sedekad yang lalu sebelum saya melanjutkan pelajaran. Saya pernah berkerja sebagai pembancuh air di restoran Jelapang miliknya. Setiap kali beliau datang ke restoran, minuman wajibnya adalah jus oren. Kebiasaannya saya hanya menggunakan sebiji oren sahaja untuk segelas jus, tetapi untuk DAB mestilah menggunakan dua biji oren untuk santapannya. Beliau merupakan seorang yang tegas hingga disegani semua pekarja serta anak-anaknya.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Isnin, 14 Julai 2008

'DAULAT TUANKU'


Daulat Tuanku..
Selamat menyambut jubli emas pemerintahan tuanku sultan yang brjiwa rakyat.
Tuanku merupakan sultan yang sentiasa dihati rakyat jelata. Seluruh rakyat Kedah berikrar menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.
Semoga Allah melanjutkan usia tuanku agar terus memimpin rakyat serta kerajaan negeri Kedah dengan saksama.

Khamis, 3 Julai 2008

DAJAL


Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan: "…..Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ……Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa." Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;"….Baginda s.a.w menerangkan lagi: "Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;" Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: "Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….")

BANDAR VS KAMPUNG


Antara bandar dan kampung apa kurang dan apa lebihnya? Bagai mana menghadapi kos sara hidup di bandar dan luar bandar?
Ketika seluruh dunia menghadapi peningkatan kos sara hidup akibat memnuhi nafsu buas Amerika menakluk dunia dengan menjadikan minyak sebagai galang ganti demi menebus kembali apa yang telah di leburkan ketika perang. Akibatnya seluruh dunia terpaksa menanggung kedurjanaan si mata terjojol, bertelinga besar berperut buncit yang rakus itu.
Akibat dari kerakusan si "CELAKA" itu padahnya tertimpa atas kepala kita. Tak kira penduduk bandar atau kampung semuanya kena. Apakah perbezaan kos sara hidup di kedua-dua lokasi tersebut? Orang kampung tahu kos hidup di bandar adalah tinggi, bangun dari tidur sahaja perlu keluar duit. Dengan kenaikan harga minyak bertambahlah beban yang perlu di tanggung, kerajaan cadang suruh naik kenderaan awam. Tapi cukupkah perkhidmatan yang disediakan...
Pakcik dan makcik serta anak cucu mereka dikampung pula bagaimana? Orang kata hidup di kampung boleh jimat kos. Betul ke? Mungkin orang bandar yang ke kampung boleh merasakannya. Tapi adakah orang kampung yang tinggal di kampung pun merasa begitu? Pakcik dan mak cik di kampung sebenarnya terpaksa membayar harga yang lebih sedikit untuk mendapatkan barangan keperluan harian berbanding di bandar. Lagi jauh kampung itu dari bandar, lagi mahallah harga barangannya.kadang-kadang ada yang kena ikat perut, bukan nak jimat kos, tapi tak ada kos...
Orang bandar pula macam mana? Walaupun kos hidup orang bandar lebih sikit, tapi masih mampu nak beli itu ini. Masih boleh makan sekurang-kurangnya waktu tengah hari dan malam. Hidup di Bandar memang mahal, itu kalau kita pilih yang mahal-mahal. Hidup di bandar juga boleh jadi murah kalau kita pilih yang murah. Barang yang murah lebih banyak ditawarkan dibandar berbanding di kampung. Semuanya terpulang kepada kita.
Dari segi kuasa beli pula saya rasa orang Bandarlah jaguhnya sebab orang kampung tak banyak kuasa nak beli. Siapa yang untung Antara orang Bandar dan orang kampung?