Rabu, 16 Julai 2008

"DUA BIJI OREN SEGELAS JUS"


Tanggal 15 Julai 2008 seluruh warga kedah girang menyambut ulang tahun ke-50 pemerintahan tuanku sultan. Ketika acara sedang berlansung dengan penuh istiadat sekali lagi rakyat kedah dikejutkan dengan pemergian tokoh bola sepak yang paling berjasa di Kedah mahupun Malaysia.
Datuk Paduka Ahmad Basri Akil (DAB) menghembuskan nafas yang terakhir ketika sambutan jubli emas pemerintahan tuanku sultan yang juga merupakan peminat nombor satu pasukan bola sepak Kedah. Hasrat beliau untuk menghadiahkan tiga piala untuk tuanku sempena sambutan jubli emas kepada tuanku pada tahun ini telah terawal setahun.
Cintanya kepada pembangunan bola sepak di Kedah dan Malaysia tidak dapat di halang dengan apa cara sekali pun. walau pun di gantung oleh FAM, beliau tidak pernah mengenal erti putus asa dalam menyumbangkan idea serta pandangan demi meningkatkan mutu bola sepak tempatan. DAB masih lagi menyumbangkan khidmatnya kepada Kedah walaupun dibelakang tabir.
DAB pernah menjadi majikan saya walaupun tidak lama kira-kira sedekad yang lalu sebelum saya melanjutkan pelajaran. Saya pernah berkerja sebagai pembancuh air di restoran Jelapang miliknya. Setiap kali beliau datang ke restoran, minuman wajibnya adalah jus oren. Kebiasaannya saya hanya menggunakan sebiji oren sahaja untuk segelas jus, tetapi untuk DAB mestilah menggunakan dua biji oren untuk santapannya. Beliau merupakan seorang yang tegas hingga disegani semua pekarja serta anak-anaknya.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.