Rabu, 21 Mei 2008

SELAMAT HARI GURU



16 Mei baharu sahaja berlalu, maka banyaklah hadiah yang diterima oleh cikgu-cikgu semua. pada hari tersebut semua cikgu dapat hadiah, yang bezanya cuma banyak dan sikit sahaja. berbondong-bondonglah cikgu-cikgu membawa hadiah semasa pulang.sekurang-kurangnya cikgu-cikgu dapat melupakan seketika bebanan yang di galas.
Dalam era yang serba canggih ini, tugas guru juga maha mencabar. berapa orangkah dari kita yang tahu serta memahami tugas sebanar seorang guru masa kini?. dahulu dan kini memang banyak bezanya,dahulu tugas guru adalah mengajar dan mendidik, tapi kini tugas guru adalah lebih dari itu. Tugas guru dewasa ini lebih tertumpu kepada tugas-tugas sebagai seorang pengurus berbanding sebagai seorang pendidik.
Guru juga menghadapi masalah dari ibu bapa yang berpendidikan tinggi, pantang di usik si anak, si bapa pasti melenting. Tidakkah ibu bapa tersebut sedar kejayaan mereka hari ini lahir dari siapa? Apakah sistem pendidikan yang telah mereka lalui hingga menjadi seorang yang Berjaya? Tidak lain dan tidak bukan adalah hasil didikan serta rotan dari seorang guru yang tidak mahu lihat muridnya gagal. Apakah tindakan dari ibu atau bapa kita sekiranya kita di hukum oleh guru? Bagai mana pula tindakan kita setelah kita pula menjadi ibu atau bapa? Fakir-fikirkanlah..
Adakah dunia hari ini sudah terbalik atau tunggang-langgang. Seorang yang bergelar anak boleh menjadi tuan kepada ibu atau bapa, apa-apa kemahuan anak harus di tunaikan. Anak-anak adalah orang yang paling baik serta jujur di dunia hingga apa sahaja yang disampaikan oleh anak adalah banar belaka. Tidak ada orang yang bercakap lebih benar dari anak kita hatta guru, ustaz atau pun jiran-jiran. Jika senario ini terus dibiarkan, tidak mustahil dunia ini akan menuju kehancuran. Mungkin kita tidak akan kekurangan golongan bijak pandai, tapi harus diingat kita juga akan menambah golongan putar-belit yang terpelajar. Sekiranya kita terus bertuankan anak-anak inilah yang bakal berlaku umpama api dalam sekam.
saya berharap ibu bapa masa kini dapat memberi sepenuh kepercayaan kepada guru dalam mendidik anak-anak kita. Dek kerana sedikit calar yang tidak disengajakan pada tubuh anak, mahkamah pula menjadi gelanggang. Mengapa kita terlalu berkira dengan orang yang sedang membina masa depan anak kita.
Cikgu-cikgu sekalian, teruskanlah usaha murni anda tanpa mengira penat jemu. Biarlah apa orang nak kata, yang penting niat kita tercapai…
“SELAMAT HARI GURU”