Isnin, 28 April 2008

HALAL ATAU HARAM


Artikel ini dihantar oleh seorang teman

Saya dan rakan-rakan saya daripada beberapa universiti mengikuti perkembangan industri Halal di Negara ini dengan penuh kebimbangan. Terkini, HDC telahpun dilantik untuk mengambil tugasan mengeluarkan sijil halal daripada JAKIM kepada para pengeluar makanan di dalam dan luar Negara.

Kami melihat perlantikan yang ternampak tergesa-gesa ini akan menghadapi masalah yang lebih besar dan saya risau perlantikan ini merupakan satu langkah ke belakang ke arah usaha Malaysia, sebagai negara Islam untuk mewujudkan halalhub yang dipercayai dan diyakini di dunia. Kini telahpun kedengaran ada Negara seperti Brunei dan beberapa Negara arab tidak menerima pensijilan yang dikeluarkan oleh Malaysia melalui JAKIM. Dalam kekalutan ini semua akta halal yang telah lama dikehendaki oleh pengguna Islam masih tidak kelihatan sejak ianya dicadangkan oleh PPIM lebih sepuluh tahun dahulu. Kenapa ini berlaku? Apakah ada agenda yang kita rakyat tidak ketahui.



Disebabkan tiada akta halal, hanya orang Islam yang boleh disabitkan dan orang bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang syariah walaupun dalam kes-kes membabitkan agama Islam itu sendiri! Kita tidak mahu rakyat bertambah gelisah dan mencari PRU13 sebagai wadah untuk menyuarakan isi hati mereka.

Pengeluaran sijil oleh badan yang kami difahamkan dikuasai oleh Khairi Jamaludin dengan nasihat yang diberikan oleh perunding ETOS sudah tentu akan mengundang lebih banyak keraguan sebagaimana yang pernah dilalui oleh Ilham Daya satu masa dahulu. Sudah tersebar luas, jika benar HDC diperuntukkan ratusan juta untuk melaksanakan keputusan yang dbuat tanpa proses pentadbiran ( seperti melalui EPU) bagi meletakkan kuasa penilaian keyakinan halal kepada HDC melalui kuasa perdana Menteri.

Saya juga difahamkan 7 buah negeri tidak bersetuju cadangan ini dan mereka juga boleh mengeluarkan sijil halal negeri masing-masing yang mana sudah tentu akan membawa isu halal ini ke tahap yang lebih kalut dan memalukan. Ada satu kejadian terkini di mana salah sebuah negeri di Malaysia telah mengeluarkan sijil halal kepada produk Cina yang tulisannya 100% dalam bahasa Cina (yang dikhuatiri tidak halal) menggunakan sijil halal JAKIM dan tiada sebarang tindakan boleh diambil oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Yang paling menghairankan, negeri ini hanya mempunyai seorang pegawai dalam urusan pensijilan halal.

Pada pendapat saya, kalaulah peruntukan sebesar itu diberikan kepada HDC, JAKIM sendiri lebih mampu untuk melaksanakan usaha ini dengan menggunakan kepakaran yang boleh diambil daripada universiti di seluruh dunia

HATI-HATI

DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR
.... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya
didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut
yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia
memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya
amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya
pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4..
sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil
berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya
membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku
yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya
saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg
berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak
orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih
menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan
syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah
saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti,
takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan
sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg
berjaya dimurtadkan. . teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan
Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus. .untuk
memurtadkan umat Islam. Sekian.. SILA SEBARKAN RISALAH INI

10 TANDA MENJELANG HARI KIAMAT


Nabi Saw bersabda: “hari kiamat tidak akan tiba sebelum kamu mengetahui sepuluh tanda,
1. kabus
2. dajal (pembohong)
3. binatang melata (yang keluar dari perut bumi)
4. matahari terbit dari arah barat
5. turunnya Isa bin Maryam
6. yakjuj dan makjuj, dan tiga gerhana iaitu:
7. gerhana ditimur
8. gerhana di barat
9. gerhana di Jazirah Arab
10. api keluar dari Yaman yang menghalau manusia ke tempat perhimpunan (mahsyar)

WASIAT HAMBA KEPADA RAJA


Pada zaman dahulu di kalangan kaum bani israil, ada seorang ahli ibadat yang hidup zuhud. Dia tidak mempunyai sesuatu yang berharga, kecuali sekadar sehelai jubah buruk dan sebuah kendi untuk memberi minum kepada orang-orang yang memerlukan.
Ketika menjelang sakharatul maut, dia memberi wasiat kepada rakan-rakannya, “aku tidak meninggalkan sedikit pun harta benda, kecuali jubahku dan kendi ini. Itupun aku tidak sanggup membawanya pada hari kiamat nanti oleh itu apabila aku mati nanti, berikanlah barang-barangku ini kepada raja kita, agar dia boleh membawanya bersama harta bendanya.”
Akhirnya pemuda itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Rakan-rakannya pun menyampaikan wasiat pemuda itu kepada raja mereka. Mendengar cerita mereka itu, raja pun berkata, “sedangkan ahli ibadat ini tidak mampu membawa jubah dan kendinya, sedangkan aku yang membawa dunia, tentu aku lebih tidak mampu lagi”.
Selepas berkata demikian, raja tersebut mengambil jubah tersebut dan memakainya serta diambilnya kendi air itu. Lalu keluarlah ia dari istananya untuk memberi minum kepada sesiapa yang memerlukannya.

KHASIAT CENDAWAN


Diriwayatkan dari Said bin Zaid r.a. dari Nabi Saw. Baginda bersabda, cendawan adalah makanan yang di turunkan Allah kepada Musa, sedangkan airnya mengandunga ubat penyembuh mata.

DOA UNTUK ORANG SAKIT


Diriwayatkan dari Aisyah r.a. apabila seorang dari keluarga Rasulullah Saw sakit, baginda akan membaca surah-surah mu’awwidzat (surah Al-ikhlas, Al-falaq & An-nas) dan meniupkan kepadanya. Maka, ketika beliau sakit yang membawa kepada kewafatannya, aku meniupkan kepadaNya dengan surah-surah tersebut, lalu ku usapkan dengan tangan baginda sendiri kerana tangan baginda lebih besar berkatnya dari tanganku. Riwayat Muslim.

NASIHAT DARI IBRAHIM BIN ADHAM UNTUK MENCAPAI KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMANFAAT


1. Sekiranya kamu melihat orang sibuk dengan urusan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan urusan akhirat.
2. Sekiranya kamu melihat orang sibuk mencantikkan zahirnya, maka sibukkanlah dirimu mencantikkan batinmu.
3. Sekiranya kamu melihat orang sibuk memakmurkan tanah lading, maka sibukkanlah dirimu memakmurkan tanah kubur.
4. Sekiranya kamu melihat orang menghambakan diri kepada sesame manusia, maka sibukkanlah dirimu menghambakan diri kepada Pencipta.
5. Sekiranya kamu melihat orang sibuk memperkatakan keburukan orang lain, maka sibukkanlah dirimu dengan keburukanmu.
6. jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai sawah lading yang akan membawa engkau bandaraya akhirat kelak.