Isnin, 28 April 2008

WASIAT HAMBA KEPADA RAJA


Pada zaman dahulu di kalangan kaum bani israil, ada seorang ahli ibadat yang hidup zuhud. Dia tidak mempunyai sesuatu yang berharga, kecuali sekadar sehelai jubah buruk dan sebuah kendi untuk memberi minum kepada orang-orang yang memerlukan.
Ketika menjelang sakharatul maut, dia memberi wasiat kepada rakan-rakannya, “aku tidak meninggalkan sedikit pun harta benda, kecuali jubahku dan kendi ini. Itupun aku tidak sanggup membawanya pada hari kiamat nanti oleh itu apabila aku mati nanti, berikanlah barang-barangku ini kepada raja kita, agar dia boleh membawanya bersama harta bendanya.”
Akhirnya pemuda itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Rakan-rakannya pun menyampaikan wasiat pemuda itu kepada raja mereka. Mendengar cerita mereka itu, raja pun berkata, “sedangkan ahli ibadat ini tidak mampu membawa jubah dan kendinya, sedangkan aku yang membawa dunia, tentu aku lebih tidak mampu lagi”.
Selepas berkata demikian, raja tersebut mengambil jubah tersebut dan memakainya serta diambilnya kendi air itu. Lalu keluarlah ia dari istananya untuk memberi minum kepada sesiapa yang memerlukannya.

Tiada ulasan: