Khamis, 3 Julai 2008

BANDAR VS KAMPUNG


Antara bandar dan kampung apa kurang dan apa lebihnya? Bagai mana menghadapi kos sara hidup di bandar dan luar bandar?
Ketika seluruh dunia menghadapi peningkatan kos sara hidup akibat memnuhi nafsu buas Amerika menakluk dunia dengan menjadikan minyak sebagai galang ganti demi menebus kembali apa yang telah di leburkan ketika perang. Akibatnya seluruh dunia terpaksa menanggung kedurjanaan si mata terjojol, bertelinga besar berperut buncit yang rakus itu.
Akibat dari kerakusan si "CELAKA" itu padahnya tertimpa atas kepala kita. Tak kira penduduk bandar atau kampung semuanya kena. Apakah perbezaan kos sara hidup di kedua-dua lokasi tersebut? Orang kampung tahu kos hidup di bandar adalah tinggi, bangun dari tidur sahaja perlu keluar duit. Dengan kenaikan harga minyak bertambahlah beban yang perlu di tanggung, kerajaan cadang suruh naik kenderaan awam. Tapi cukupkah perkhidmatan yang disediakan...
Pakcik dan makcik serta anak cucu mereka dikampung pula bagaimana? Orang kata hidup di kampung boleh jimat kos. Betul ke? Mungkin orang bandar yang ke kampung boleh merasakannya. Tapi adakah orang kampung yang tinggal di kampung pun merasa begitu? Pakcik dan mak cik di kampung sebenarnya terpaksa membayar harga yang lebih sedikit untuk mendapatkan barangan keperluan harian berbanding di bandar. Lagi jauh kampung itu dari bandar, lagi mahallah harga barangannya.kadang-kadang ada yang kena ikat perut, bukan nak jimat kos, tapi tak ada kos...
Orang bandar pula macam mana? Walaupun kos hidup orang bandar lebih sikit, tapi masih mampu nak beli itu ini. Masih boleh makan sekurang-kurangnya waktu tengah hari dan malam. Hidup di Bandar memang mahal, itu kalau kita pilih yang mahal-mahal. Hidup di bandar juga boleh jadi murah kalau kita pilih yang murah. Barang yang murah lebih banyak ditawarkan dibandar berbanding di kampung. Semuanya terpulang kepada kita.
Dari segi kuasa beli pula saya rasa orang Bandarlah jaguhnya sebab orang kampung tak banyak kuasa nak beli. Siapa yang untung Antara orang Bandar dan orang kampung?

Rabu, 18 Jun 2008

FENOMENA MINYAK


Harga minyak naik Ogos?
Menteri beri bayangan ekoran subsidi minyak distruktur

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.


KUALA LUMPUR - Tiada kawalan harga akan dikenakan ke atas petrol dan diesel dengan pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api itu Ogos ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam.


PUTRAJAYA 5 Jun — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta syarikat swasta di negara ini supaya menumpukan perhatian kepada pembangunan teknologi yang lebih berkesan daripada segi penggunaan bahan api dalam operasi syarikat masing-masing.

KUALA LUMPUR 7 Jun — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap rakyat negara ini mendapatkan maklumat yang betul dan sahih berhubung fenomena kenaikan harga minyak agar mereka benar-benar memahami apa yang sedang dihadapi oleh negara.

"Setiap dari kita ada peranan dan tanggungjawabnya dalam menghadapi suasana getir seumpama ini.

"Justeru, marilah kita bersama-sama mengharungi dugaan ini dengan tabah, demi kesejahteraan kita bersama dan demi masa depan negara ini dan generasi seterusnya,” kata Perdana Menteri.

NEW YORK 7 Jun - Harga minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet di pasaran hadapan New York bagi bulan Julai melonjak AS$10.75 setong yang merupakan kenaikan tertinggi untuk satu hari kepada AS$138.54 setong.


LONDON - Minyak mentah terus mencatatkan rekod dengan harga hampir mencecah hampir AS$140 (RM458) setong semalam walaupun Arab Saudi mengumumkan sedia meningkatkan pengeluaran .

Kontrak penghantaran Julai untuk minyak berkualiti tinggi di New York mencecah harga AS$139.89 (RM458) sekali gus memadam rekod pada 6 Jun lalu pada AS$139.12 (RM455).

Bagaimanapun, harga komoditi di New York itu kemudian menyusut kepada AS$137.73 (RM451) setong.


ISFAHAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menyatakan bahawa harga palsu berlaku di pasaran minyak kerana dunia sebenarnya mempunyai bekalan yang mencukupi.

"Peningkatan penggunaan adalah rendah berbanding peningkatan pengeluaran," kata Mahmoud kepada mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) di Isfahan, Iran.

"Pasaran dibekalkan dengan minyak yang mencukupi tetapi harga meningkat dan keadaan itu adalah sesuatu kepalsuan dan dilakukan oleh kuasa-kuasa dunia," tambahnya.

Bahan api daripada minyak buangan
IPOH 18 Jun - Seorang bekas kakitangan Jabatan Kejuruteraan Malaysia Airline System Bhd. (MAS) berjaya menghasilkan bahan api daripada minyak buangan untuk kegunaan dandang di kilang-kilang di negara ini.

Fuelwater jimat petrol sehingga 40 peratus
KUALA LUMPUR 9 Jun - Kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen baru-baru ini membuka laluan kepada alat Fuelwater yang menggunakan air dan petrol yang dikatakan mampu menjimatkan penggunaan bahan api itu sehingga 40 peratus.

Biar Kabinet tentukan
KUALA LUMPUR 18 Jun - Penetapan jumlah bayaran bonus untuk kakitangan syarikat milik kerajaan (GLC) termasuk Petronas perlu diputuskan Kabinet dan bukan hanya oleh pengurusan syarikat.


60 permit pengusaha bas ditarik balik
SHAH ALAM 18 Jun - Kerajaan telah menarik balik 60 permit pengusaha bas yang didapati menaikkan tambang tanpa kelulusan sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kadar baru harga minyak pada 5 Jun lalu

.KUALA LUMPUR - Harga sayur dari Cameron Highlands dikesan naik di beberapa negeri sejak seminggu lalu berikutan cuaca yang tidak menentu serta kos pengangkutan akibat kenaikan harga minyak.

KUALA LUMPUR - Kos pembinaan dan pengubahsuaian rumah dijangka meningkat ekoran kenaikan harga produk seramik daripada 20 peratus hingga 45 peratus mulai 1 Julai ini.

Kenaikan itu diakui oleh Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) sebagai didorong oleh harga baru minyak dan memastikan nasib 18,500 pekerja dalam industri tersebut terbela.

Rabu, 21 Mei 2008

SELAMAT HARI GURU



16 Mei baharu sahaja berlalu, maka banyaklah hadiah yang diterima oleh cikgu-cikgu semua. pada hari tersebut semua cikgu dapat hadiah, yang bezanya cuma banyak dan sikit sahaja. berbondong-bondonglah cikgu-cikgu membawa hadiah semasa pulang.sekurang-kurangnya cikgu-cikgu dapat melupakan seketika bebanan yang di galas.
Dalam era yang serba canggih ini, tugas guru juga maha mencabar. berapa orangkah dari kita yang tahu serta memahami tugas sebanar seorang guru masa kini?. dahulu dan kini memang banyak bezanya,dahulu tugas guru adalah mengajar dan mendidik, tapi kini tugas guru adalah lebih dari itu. Tugas guru dewasa ini lebih tertumpu kepada tugas-tugas sebagai seorang pengurus berbanding sebagai seorang pendidik.
Guru juga menghadapi masalah dari ibu bapa yang berpendidikan tinggi, pantang di usik si anak, si bapa pasti melenting. Tidakkah ibu bapa tersebut sedar kejayaan mereka hari ini lahir dari siapa? Apakah sistem pendidikan yang telah mereka lalui hingga menjadi seorang yang Berjaya? Tidak lain dan tidak bukan adalah hasil didikan serta rotan dari seorang guru yang tidak mahu lihat muridnya gagal. Apakah tindakan dari ibu atau bapa kita sekiranya kita di hukum oleh guru? Bagai mana pula tindakan kita setelah kita pula menjadi ibu atau bapa? Fakir-fikirkanlah..
Adakah dunia hari ini sudah terbalik atau tunggang-langgang. Seorang yang bergelar anak boleh menjadi tuan kepada ibu atau bapa, apa-apa kemahuan anak harus di tunaikan. Anak-anak adalah orang yang paling baik serta jujur di dunia hingga apa sahaja yang disampaikan oleh anak adalah banar belaka. Tidak ada orang yang bercakap lebih benar dari anak kita hatta guru, ustaz atau pun jiran-jiran. Jika senario ini terus dibiarkan, tidak mustahil dunia ini akan menuju kehancuran. Mungkin kita tidak akan kekurangan golongan bijak pandai, tapi harus diingat kita juga akan menambah golongan putar-belit yang terpelajar. Sekiranya kita terus bertuankan anak-anak inilah yang bakal berlaku umpama api dalam sekam.
saya berharap ibu bapa masa kini dapat memberi sepenuh kepercayaan kepada guru dalam mendidik anak-anak kita. Dek kerana sedikit calar yang tidak disengajakan pada tubuh anak, mahkamah pula menjadi gelanggang. Mengapa kita terlalu berkira dengan orang yang sedang membina masa depan anak kita.
Cikgu-cikgu sekalian, teruskanlah usaha murni anda tanpa mengira penat jemu. Biarlah apa orang nak kata, yang penting niat kita tercapai…
“SELAMAT HARI GURU”

Ahad, 4 Mei 2008

DUNIA HARI INI & ESOK


Ada laporan akhbar yang menuliskan bahawa sekarang ini, hampir semua lautan di dunia kini berhadapan dengan masalah yang akan menjejaskan kehidupan manusia pada masa depan jika usaha tidak dilakukan untuk menanganinya mulai sekarang.

Menurut suatu kajian, antara kawasan laut yang paling teruk terjejas termasuklah Laut Utara, Laut China Selatan, Laut China Timur, Laut Caribbean, Pantai Timur Amerika Utara, Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Parsi, Laut Bering dan Lautan Pasifik Barat. Bagaimanapun, kawasan yang paling kurang terjejas adalah berhampiran kutub.

Tahun lalu, ada laporan menyebut bahawa ibu kota Thailand , Bangkok bakal tenggelam dalam tempoh 15 tahun bermula sekarang. Dalam kalangan insan yang arif, 'terus mata' dan menurut sahibul riwayat, kota yang banyak mengundang padah dan masalah terhadap penduduk Melayu Muslim di Selatan Thai itu akan tenggelam dalam 15 bulan saja lagi!

Sudah tentu lautan yang akan menenggelamkan Bangkok . Hal yang sama berlaku dengan lagenda tenggelamnya bandar Atlantis, kerajaan di Tasik Chini, Pahang, kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir besar, bangsa yang tenggelam di bawah Laut Mati serta lain-lain kerajaan yang pernah ditenggelamkan Tuhan.

Pun begitu, ada juga lagenda yang menyebut Gunung Keriang pada asalnya sebuah pulau. Paras laut kemudiannya menurun sehingga wujud pendudukan manusia baru di situ. Dan, apabila paras laut surut dalam tempoh yang lama, pulau Keriang digelar sebagai gunung.
-Harakah
Laut amat penting kepada manusia. 70% isi bumi adalah lautan dan 30% adalah daratan. Ertinya, laut ada kemampuan untuk surut membentuk kerajaan, negara baru dan ada masa pula paras laut akan naik meningkat lalu menenggelamkan kedaulatan kerajaan lama.

Tubuh kita berasal daripada dunia ini. Ertinya, peratus air dalam tubuh lebih banyak dari daging di tubuh kita. Air di bumi yang diminum bertukar menjadi darah dalam tubuh lalu, makanan yang dicerna tercerna menjadi zat-zat protein yang bergabung menjadi bahagian daripada daging yang membalut tulang rangka kita. Demikianlah proses kehidupan.

Sakit di kulit tubuh kita adalah sakit di kulit bumi. Kulit dunia yang cedera, disiat pembangunan adalah seperti yang kita rasakan. Air sungai yang kotor bagaikan darah kita yang dicemari toksin yang dimakan daripada makanan segera atau makanan yang disembur racun buatan manusia.

Makanan pada zaman dulu, tiada unsur-unsur perubahan ini di mana segala isi kandungan genetiknya sekali pun telah pun diubah.

Dunia yang dihuni pada hari ini sebenarnya tidak wujud seperti yang dilihat pada hari ini. Perubahan iklim cuaca yang menyebabkan manusia, kerajaan berpindah randah mencari penempatan baru. Kemarau yang melanda menyebabkan sesuatu puak akan bergerak bagi mencari penempatan baru bagi meneruskan penghidupan.
-harakah

Fakta Bola Sepak


-Kelab bola sepak tertua di dunia ialah kelab bola sepak Sheffield FC pada tahun 1857. 100 tahun selepas itu baharulah Negara kita merdeka.

-Jumlah penonton teramai yang menonton perlawanan bola sepak adalah seramai 199,854 penonton iaitu perlawanan Antara Brazil dan Uruguay dalam piala dunia 1950 di stadium Maracana Municipal Brazil.

-Perlawanan bola sepak piala dunia yang pertama diadakan di Uruguay pada tahun 1930 yang di sertai 13 pasukan.

-Pele telah menjaringkan 1200 gol dalam 1253 perlawanan.

-FIFA telah ditubuhkan pada 21 mei 1904 oleh tujuh Negara Eropsh iaitu Perancis, Denmark, Sweeden, Belanda, Belgium, Switzerland dan Sepanyol.
Pasukan bola sepak pertama telah ditubuhkan pada tahun 1880-an.

Rabu, 30 April 2008

Iklan Tv: Antara Moral Dan Komersial


Hari ini, isu gejala sosial hangat diperkatakan dimana-mana sahaja dari kedai kopi hingga ke parlimen, dari sekolah hingga menara gading, dari tukang cuci hingga perdana menteri semuanya memperkatakan masalah yang sama secara lansung atau tidak lansung. Masing-masing cuba memberi pandangan tersendiri langkah-langkah untuk membendung gejala ini sama ada langkah pencegahan atau hukuman yang patut dikenakan.
Salah satu punca yang kurang atau tidak pernah diberi perhatian adalah peranan Iklan di tv dalam pembentukan masyarakat kita hari ini. Pengaruh dari Iklan tv sebenarnya memberi impak yang besar dalam jiwa masyarakat terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak. Apakah syarikat pengiklanan di negara ini hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kesan yang sampingan disebaliknya?
Negara China pernah mengharamkan iklan jenama terkenal kerana telah menjatuhkan maruah bangsanya. Bagaimana pula dengan Negara kita? Banyak contoh-contoh Iklan yang langsung tidak mengambil kira nilai-nilai etika dalam persembahannya. Isu ini pernah diperkatakan suatu ketika dahulu apabila terdapat Iklan susu kanak-kanak yang memaparkan bagaimana seorang kanak-kanak tidak perlu beratur selepas meminum susu tersebut. Namun selepas itu isu tersebut senyap begitu sahaja dan Iklan berkenaan terus disiarkan.
Jenis iklan yang popular hari ini adalah yang menggalakkan hiburan. Dari syarikat telekomunikasi, makanan ringan hatta iklan mesin basuh pun memaparkan penari yang terkinja-kinja seolah-olah itulah gaya hidup orang melayu warganegara Malaysia.
Contoh lain:
1. Iklan radio: boleh mengenakan orang ramai serta menggalakkan rusuhan
2. iklan pewangi rumah: tak perlu mengemas rumah serta tak menghiraukan tugas memasak didapur
3. iklan minyak pel incir: menggalakkan lumba haram serta memandu laju di jalan raya
4. iklan pencerah kulit: menara lebih penting dari pelajaran
5. promosi membeli belah: menggalakkan sifat boros
Contoh-contoh diatas hanyalah sebahagian kecil sahaja, banyak lagi iklan lain yang mampu memberi impak yang negatif kepada pewaris kita nanti. Kebanyakan kanak-kanak meniru aksi-aksi dalam iklan di rumah mahupun sekolah malah terdapat sesetengah dialog diulang sebut. Mungkin bagi kita tidak membawa sebarang makna, tetapi bagaimana pula dalam konteks pemikiran kanak-kanak? Fakir-fikirkan…